Kestabilan Politik Sinonim Dengan UMNO – Shahril Hamdan

Kestabilan Politik Sinonim Dengan UMNO – Shahril Hamdan

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan bahawa yang bergaduh sesama sendiri sehingga menjatuhkan Kerajaan sendiri setelah 22 bulan menjadi pentadbir bukan UMNO.

Malah katanya, yang mengubah Menteri Besar sendiri dalam tempoh kurang setahun, juga bukan UMNO.



“Yang kerap mengubah Pengerusi parti negeri, bukan UMNO. Yang tunda dan batal projek yang sepatutnya menguntungkan orang Johor semata-mata tidak mahu apa-apa legasi pra-PRU14, bukan UMNO.

“Yang ugut tekan butang sehingga memaksa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan UMNO. Yang memancing orang melompat sehingga memaksa PRN Melaka bukan UMNO

“Yang melemahkan Muafakat Nasional (MN) dengan bersama mendaftar pakatan lain sewaktu MN sedang kukuh, bukan UMNO.”

Sebaliknya tegas Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, kestabilan politik itu sudah sinonim dengan UMNO.



“Parti lain yang bersaing bolehlah cuba promosikan naratif lain. Kerana rakyat semakin sedar bahawa apa pun kekurangan parti UMNO, kestabilan dan kemampuan tadbir urus bukan dalam kalangan kekurangan itu,” katanya menerusi kenyataan dalam hantaran di laman facebooknya, hari ini.

Dilaporkan, Kerajaan PH berakhir pada Feb dua tahun lalu apabila Tun Dr Mahathir Mohamad isytihar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan dengan itu kabinetnya terbubar selepas menang dalam PRU ke-14. Umno Online

Kestabilan Politik Sinonim Dengan UMNO – Shahril Hamdan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker