‘Fatwa Terbaharu MB Kedah Hanya Mahu Runtuhkan MN’ – Pemuda UMNO Kedah

‘Fatwa Terbaharu MB Kedah Hanya Mahu Runtuhkan MN’ – Pemuda UMNO Kedah

Kenyataan terbaharu oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengatakan kestabilan hanya akan dicapai sekiranya Barisan Nasional tidak lagi dipilih rakyat disifatkan sebagai tuduhan yang tidak berasas dan hanya mahu memburukkan BN dan UMNO.

Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masyri menyifatkan kenyataan yang dibuat pemimpin itu pada Sabtu itu sebagai “dayus” selain hanyalah satu fatwa terbaharu Pas semata-mata untuk meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).



Tambahnya, Sanusi juga tidak mempunyai sifat berani dengan berkata sedemikian terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita BN di Kedah secara berhadapan, sebaliknya memilih untuk melemparkan tuduhan sedemikian ketika beliau berada di Johor, baru-baru ini.

Tindakan itu sekali gus tidak lagi dapat menyembunyikan sikap sebenar Pas yang lebih suka bersama parti yang penuh dengan “katak” dan didakwa turut bersekongkol untuk “menipu” rakyat ketika bersama Pakatan Harapan (PH) didalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

“Sanusi perlu sedar bahawa dia menjadi Menteri Besar (MB) secara percuma, di atas tiket ketidakstabilan politik PH setelah “katak-katak politik” itu mengkhianat gabungan mereka.

“Sewajarnya, MB Kedah perlu berterima kasih kepada “katak-katak politik” itu dan dua ADUN BN yang memberi sokongan kepadanya untuk memegang kuasa di negeri Kedah, bukan mencemari keharmonian pentadbiran yang wujud dalam Kerajaan Negeri Kedah,



“MB Kedah juga tahu bahawa PRU14 dimenangi PH atas tiket penipuan, dusta dan bohong serta fitnah kepada rakyat malah beliau sendiri menjadi MB secara percuma atas ketidaktabilan politik dan bukannya kekuatan PAS itu sendiri”, katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI hari ini.

Dalam perkembangan sama, Syed Johan turut mencabar MB Kedah itu untuk mengumumkan penamatan kerjasama MN di Kedah dan segera membubarkan DUN negeri itu.

“Jika benar beliau bermaruah, sila umum tamatkan MN dan bubar DUN Kedah dengan kadar segera”, tegasnya.

Pada Jumaat, Sanusi menerusi satu kenyataan menyatakan kestabilan politik dalam negara seperti yang sering dilaungkan BN khususnya UMNO disifatkan hanya boleh dicapai sekiranya parti itu tidak lagi memerintah.



Menurutnya, ia berikutan ketidakstabilan politik berlaku sehingga beberapa siri PRN terpaksa diadakan disebabkan tindakan BN selepas diberi peluang kembali memerintah.

Sanusi dalam ucapannya ketika pelancaran Majlis Jentera Pemuda PN Negeri Johor di Parit Besar, Johor pada Sabtu, berkata formula untuk mengecapi kestabilan adalah dengan tiadanya UMNO. Tambahnya, di Kedah tidak timbul masalah kerana bukan BN yang berkuasa.-AA

‘Fatwa Terbaharu MB Kedah Hanya Mahu Runtuhkan MN’ – Pemuda UMNO Kedah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker