Subsidi penternak tak halang pemberian AP import ayam

Subsidi penternak tak halang pemberian AP import ayam

Kerajaan masih meneruskan pemberian permit kelulusan (AP) mengimport ayam bulat beku bagi memastikan masalah kekurangan bekalan dihadapi pengguna dapat diatasi walaupun pemberian subsidi kepada penternak kini dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Ahmad Hamzah, berkata langkah berkenaan juga bertujuan menstabilkan harga dan bekalan ayam di pasaran.

“Kita juga tidak mengesyorkan pengeluar untuk menghentikan atau mengurangkan import ayam dari luar kerana dalam jangka masa panjang tindakan itu akan merugikan dan pastinya negara-negara pengimport akan mencari sumber lain.

“Syarikat yang terlibat juga telah menandatangani perjanjian jangka masa panjang dan sudah tentu mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menghentikan bekalan,” katanya menurut laporan Bernama.

Sebelum ini, kabinet bersetuju memberi subsidi harga ayam RM0.60 sekilogram bagi ayam hidup dan ayam bulat, serta RM0.05 bagi sebiji telur ayam untuk semua kategori kepada penternak, sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) dari 5 Feb hingga 4 Jun ini. FMT

Subsidi penternak tak halang pemberian AP import ayam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker