Akar umbi PKR terkesan tindak-tanduk Muda

Akar umbi PKR terkesan tindak-tanduk Muda

Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak menafikan bahawa sentimen di peringkat akar umbi parti itu terkesan dengan tindak-tanduk yang dilakukan oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sejak kebelakangan ini.

Exco AMK Johor, Omar Mokhtar A Manap berkata, mereka turut kecewa dengan apa yang dipertontonkan oleh parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Namun begitu, ia tidak boleh kita ketepikan sebegitu rupa kerana kita ada satu agenda yang jauh lebih besar. Kita nak bantu rakyat Johor, nak buat reformasi dan nak mengetengahkan politik nilai. Ini yang perlu kita beri keutamaan.

“Betul, apa yang berlaku kepada Muda itu terkesan. Tetapi saya melihat umpama ribut dalam cawan yang perlu kita uruskan dengan cara berkawan, bersahabat, berbincang dan berdiskusi,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian pada program Sinar Live bertajuk ‘Anak Muda Kingmaker PRN Johor?’ yang dihoskan oleh Hazwan Mokhtar dan disiarkan di semua platform Sinar Harian.

Pada Rabu, tular di media sosial menerusi hantaran Muda Kedah tentang poster bertulis ‘Hentikan Korupsi’ membabitkan empat parti iaitu Barisan Nasional (BN), PH, PKR dan Perikatan Nasional (PN). Sinar

Akar umbi PKR terkesan tindak-tanduk Muda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker