Muhyiddin takut populariti Najib, setiap hari serang Najib

Muhyiddin takut populariti Najib, setiap hari serang Najib

Seorang pemimpin Umno membidas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menggunakan taktik menyerang “kluster mahkamah” menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor kerana takut dengan populariti bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang mampu menarik undi kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menyifatkan Muhyiddin sebagai individu kehabisan modal berpolitik, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Noh Omar berkata, kes mahkamah yang melibatkan pemimpin Umno masih berjalan dan tiada satu kes pun ditutup, walaupun jawatan Perdana Menteri kini disandang parti itu.

“Apa kaitan kluster mahkamah dengan PRN (Johor), tiada kaitan pun…dah tiada modalkah? Nak kata kluster mahkamah (tetapi) kes ini (masih) berjalan di mahkamah, bukan ada campur tangan politik.

“Tak lah macam PH (Pakatan Harapan) memerintah dulu, bila kes Lim Guan Eng tengah berjalan, dia boleh batalkan. Bila kes itu digugurkan, kita tiada pun (nak serang),” katanya selepas melancarkan Sambutan 100 Tahun Koperasi di sini.

Semalam, Muhyiddin mendakwa satu-satunya cara untuk menghalang “kluster mahkamah” daripada kembali berkuasa ialah mengalahkan BN pada PRN Johor.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Ketua Umno Selangor berkata, Muhyiddin tiada hak menghalang mana-mana pemimpin Umno turun berkempen di Johor, melainkan Bersatu sendiri takut dengan bayang-bayang pemimpin Umno, khususnya Najib.

“Kalau kata Najib atau (Presiden Umno Ahmad) Zahid (Hamidi) nak turun berkempen apa salahnya? Semua orang boleh turun berkempen…ke sebab mereka takut, sebab kalau Najib turun di Melaka dulu, lebih tinggi orang nak sokong Umno,” katanya.

Beliau juga menolak dakwaan PRN Johor mempunyai kaitan dengan “kluster mahkamah”.

“Bagi saya tiada kena-mengena. Sebab kita lihat keadaan di Johor itu lebih satu kerusi saja. Itu saja. Tiada kaitan dengan kluster mahkamah.

“Kalau kata kluster mahkamah gunakan politik untuk kepentingan diri, saya ingat ini fitnah dan tuduhan bagi orang yang tiada modal untuk berpolitik,” katanya. FMT

Muhyiddin takut populariti Najib, setiap hari serang Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker