Kementerian Pendidikan paling banyak ‘projek sakit’

JELI: Kerajaan mengenal pasti 92 projek di seluruh negara yang dikategori sebagai sakit atau bermasalah sehingga menyebabkan kelewatan melebihi jadual dua bulan atau 20 peratus berbanding tempoh ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, 22 daripadanya adalah projek di bawah Kementerian Pendidikan, iaitu tertinggi berbanding projek di bawah kementerian lain.

Katanya, antara penyumbang kepada masalah itu adalah kelewatan kontraktor menyiapkan projek, isu berkaitan perunding serta masalah koordinasi melibatkan klien, agensi pelaksana dan pihak ketiga.



“Mengikut negeri pula, Sabah mempunyai projek sakit paling tinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 16 projek. Tindakan sewajarnya sedang diambil untuk memantapkan kriteria pemilihan dan pelantikan kontraktor serta perunding selain usaha meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam menguruskan projek pembangunan negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Bukit Bunga Bypass di Bukit Bunga di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Jeli itu berkata, kerajaan memandang serius isu-isu penyelarasan dalam pelaksanaan projek selain menekankan bahawa semua pihak yang berkepentingan harus bergerak seiring secara terancang dan bersepadu.

Tambah Mustapa, setakat ini, sebanyak RM75.6 bilion diperuntukkan untuk melaksanakan 6,755 projek pembangunan di bawah RMK-12 dan jumlah itu lebih tinggi berbanding RM69 bilion yang diluluskan pada tahun lalu

Kementerian Pendidikan paling banyak ‘projek sakit’




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker