Jangan biarkan ular patuk di tempat sama

Jangan biarkan ular patuk di tempat sama

UMNO akan perbaiki kesilapan dan belajar dari pengalaman lalu untuk tidak terlalu mempercayai pihak lain supaya parti itu terus relevan bukan sahaja di peringkat nasional tetapi negeri.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, manipulasi politik terbukti dan amat ketara berlaku terhadap Barisan Nasional (BN).

“Dalam perkara ini, kita belajar dari pengalaman lalu dan perbaiki semua kesilapan serta kepercayaan melampau kepada sesebuah organisasi atau individu, kerana kita harus mempunyai pendirian politik sendiri dan keutamaan harus diberikan kepada parti kita.



“Dalam hal ini, tentunya BN mahu kekal relevan bukan saja di nasional, tetapi pastinya dalam landskap politik Sabah,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Annual kali ketiga Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di Dewan Hakka, Likas di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, Timbalannya, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas ucapan beliau supaya tidak tertipu dengan parti lain seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu.

Sebelum itu, dalam ucapan Ahmad Zahid mendakwa bahawa UMNO dan BN cuba dibunuh secara halus oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRN Sabah lalu.



“Kita mendokong dia (Bersatu) bersama-sama, tetapi dengan manipulasi dan muslihat politik walaupun kita mendapat 14 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika itu dan UMNO, BN dijanjikan jadi ketua menteri ketika itu, tetapi ketika penamaan calon, nama orang lain yang diumumkan.

“Tetapi untuk PRU15, saya berpesan kepada diri saya, Datuk Seri Bung Moktar dan Datuk Arthur jangan tertipu sekali lagi kalau kita mahu jadi kerajaan di Sabah.

“Jangan biarkan ular itu patuk di tempat sama, pastikan kita bunuh ular itu supaya ia tidak mematuk lagi,” katanya.

Sementara itu, ditanya pandangan beliau berhubung kerjasama UMNO Sabah dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Ahmad Zahid berkata, UMNO mendokong kerajaan GRS yang ada ketika ini.



“UMNO juga mendokong jika GRS didaftarkan, tetapi hanya sekadar dokongan namun kekangan kita adalah UMNO itu sendiri adalah parti teras di dalam BN.

“Tentunya keutamaan kita sebagai parti dalam komponen dalam BN itu akan terus dikekalkan, begitu juga PBRS, mereka adalah parti komponen BN,” katanya. Sinar

Jangan biarkan ular patuk di tempat sama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker