Chap Goh Mei: Hanya mercun ‘Pop Pop’, ‘Happy Boom’ dibenarkan

Chap Goh Mei: Hanya mercun ‘Pop Pop’, ‘Happy Boom’ dibenarkan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melarang orang ramai daripada bermain mercun mengandungi kandungan bahan bakar berbahaya sempena sambutan perayaan Chap Goh Mei pada 15 Februari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, larangan bermain, menjual dan membeli mercun berkuat kuasa pada semua sambutan perayaan termasuk Tahun Baharu Cina lalu.



“Hanya bunga api jenis Pop-pop dan Happy Boom yang dibenarkan kerana tidak mengandungi bahan bakar yang boleh membahayakan keselamatan.

“Penjualan kedua-dua jenis mercun ini masih memerlukan permit dari ibu pejabat polis daerah (IPD) berkaitan dan mengikut spesifikasi seperti yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, sesiapa yang menjual mercun tanpa permit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 207) yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

“Bermain atau membakar mercun atau bunga api yang terlarang juga boleh dihukum penjara tidak lebih sebulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-dua sekali,” katanya. Sinar



KOMEN: Kenapa pihak berkuasa tidak haramkan sahaja mercun? Tahukah betapa kotor kawasan sekitar akibat main mercun ini? Kotor, ganggu jiran, terdedah bahaya asap dan macam-macam lagi. Pihak berkuasa kena tegas. Setakat denda RM100 ini macam 20 sen saja bagi mereka yang bermain mercun. Mercun hapoy boom inilah yang bagi jalan kotor habis.

Chap Goh Mei: Hanya mercun ‘Pop Pop’, ‘Happy Boom’ dibenarkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker