Tak guna bergabung jika tak stabil

Tak guna bergabung jika tak stabil

Kombinasi parti politik yang diusahakan pesaing Barisan Nasional (BN) tidak mampu mewujudkan kestabilan seperti yang dicapai oleh gabungan pimpinan Umno itu, kata seorang pemimpin parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Mohd Sharkar Shamsudin berkata, bukan sahaja krisis politik menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya mampu bertahan selama 22 bulan, malah rakyat dapat menyaksikan “kerapuhan” gabungan itu apabila komponennya, PKR, tidak mahu menggunakan lambang gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

“Keputusan tersebut secara jelas menunjukkan perpecahan dalam PH terutama selepas gabungan itu kalah teruk pada PRN Melaka,” katanya dalam kenyataan.



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu juga tidak mampu bertahan lama, “hanya 17 bulan sahaja”, tambahnya.

“Kita tahu bahawa negara kita, kerajaan Keluarga Malaysia pada ketika ini pun mempunyai kombinasi pelbagai parti dan dilihat ia tidak begitu kondusif dan tidak stabil.

“Jadi jika dilihat pengalaman lalu, BN yang ditunjangi Umno merupakan satu-satunya gabungan politik yang terbukti berupaya membawa kestabilan dan kemakmuran,” katanya.

Beliau menambah bahawa Muafakat Nasional yang cuba diusahakan bersama PAS – yang kini merupakan sekutu Bersatu – juga tidak mampu bekerjasama untuk mewujudkan kestabilan.



“Tiada guna bergabung jika tiada kesefahaman dan kestabilan,” menurut kenyataan itu.

“Kemakmuran, kemajuan dan hidup aman damai rakyat berbilang kaum adalah bukti kejayaan BN mentadbir negara…cumanya dalam PRU14 lalu rakyat menghukum BN dan tentunya BN khususnya Umno menerima keputusan rakyat.”

Menjelang PRN Johor, Sharkar menyeru pengundi supaya memilih kestabilan sekali gus mengingatkan mereka bahawa kerajaan negeri selepas BN tertekan dalam keadaan politik yang tidak stabil.

Malah katanya, kerajaan negeri terdahulu “dalam keadaan caca marba apabila ia hanya memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.”



“PRN Johor formula adalah terbaik bagi mendapatkan kestabilan politik dan rakyat Johor tentunya bijak menilai parti mana pilihan mereka untuk kestabilan yang hakiki.” FMT

Tak guna bergabung jika tak stabil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker