PRN Johor: PKR, DAP dan Amanah terpaksa tumpang imej MUDA

SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menumpang imej Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau mendakwa, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan (PH) itu mahu dilihat muda.

“Sebab itu mereka sanggup serah sembilan kerusi kepada Muda.



“Itu pengakuan iaitu sayap Pemuda PH seperti Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan DAPSY adalah gagal,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis.

DAP dan Amanah pada Rabu dilapor bersetuju memberikan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Muda pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada PRN Johor.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama ditandatangani, Syed Saddiq, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

PKR kemudiannya dalam kenyataan berasingan pula menawarkan tiga kerusi miliknya kepada Muda dan rundingan sedang dilakukan serta masih menanti jawapan daripada parti berkenaan.



PRN Johor: PKR, DAP dan Amanah terpaksa tumpang imej MUDA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker