Berlian hitam dari meteorit dilelong RM17.90 juta

LONDON – Sebutir berlian hitam yang telah dipotong dan diperbuat daripada meteorit dilelong pada harga £3.16 juta (RM17.90 juta) di Firma Lelongan Sotheby’s, London pada Rabu.

Ia yang merupakan berlian potongan terbesar di dunia dan seberat 555.55 karat diperbuat daripada meteorit yang telah merempuh bumi lebih 2.6 bilion tahun.

Pada kebiasaannya, berlian hitam itu hanya ditemui di Brazil dan Republik Afrika Tengah.

Terdapat hipotesis bahawa ia terbentuk di tapak hentaman meteorit besar jatuh ke bumi.

Salah satu berlian yang paling sukar untuk dipotong, ia tidak pernah ditunjukkan kepada umum kira-kira lebih 19 tahun lalu oleh pemiliknya yang namanya tidak didedahkan.

Sebenarnya ia yang juga dikenali dengan nama Enigma bukanlah batu permata yang berkualiti.

Namun, berlian itu telah menjadi popular baru-baru ini. – Agensi

Berlian hitam dari meteorit dilelong RM17.90 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker