Akibat Hilang Kepercayaan, 32 Ahli Bersatu Maran Umum Keluar Parti, Sertai UMNO

Akibat Hilang Kepercayaan, 32 Ahli Bersatu Maran Umum Keluar Parti, Sertai UMNO

Seramai 32 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Maran bertindak keluar parti dan menyertai UMNO akibat hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu.

Kesemua mereka sudah menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan disaksikan Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Samsuddin.

Menurut Wan Rosdy, UMNO tidak menawarkan sebarang habuan kepada mereka untuk keluar daripada parti itu, sebaliknya ia di dorong rasa keyakinan terhadap perjuangan parti Melayu terbesar ini.

“Dan sebab itu lah mereka terbuka hati untuk masuk UMNO kerana kerajaan yang ada pada hari ini adalah ditunjangi oleh UMNO dan sebab keyakinan yang sedemikianlah mereka masuk.

“Dan sebagaimana yang saya katakan tadi, ini tidak ada paksaan, tidak ada ugutan, tidak ada ganjaran dan saya pun tidak mengenali puan Nora dan begitu juga dengan yang lain-lain. “

“Saya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan ini adalah pertama kali berjumpa dan mereka menyatakan adalah kerelaan mereka sendiri,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Srikandi Bersatu Maran, Siti Nora Mohamad Nor berkata, mereka sudah lama hilang keyakinan terhadap kepimpinan Bersatu termasuk kelemahan parti itu sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun pusat.

Tambah Siti Nora, seramai 100 individu lagi akan mengikuti jejak langkah mereka selepas melihat kesungguhan kerajaan UMNO yang mampu membela nasib rakyat terutama ketika pandemik dan bencana banjir.

“Saya melihat perjuangan dan mempertahankan kedaulatan agama bangsa dan negara lagi pun parti UMNO ini amat perihatin terhadap rakyat bangsa dan negara,” ujarnya,

Terdahulu pada Ogos tahun lalu, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Bahagian Temerloh dan kembali ke pangkuan parti UMNO.-AA

Akibat Hilang Kepercayaan, 32 Ahli Bersatu Maran Umum Keluar Parti, Sertai UMNO

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker