Silibus Baru Matematik Tahun 6 Belajar Insurans & Takaful?

Silibus Baru Matematik Tahun 6 Belajar Insurans & Takaful?

Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu perkongsian daripada seorang guru yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh yang mendakwa terdapat penambahan dalam silibus subjek Matematik Tahun 6 sesi hadapan.

Menerusi perkongsian tersebut, penambahan yang dilakukan akan memperkenalkan murid-murid tahun 6 dengan topik mengenai insurans dan takaful.



Difahamkan, di dalam silibus baru itu juga, murid akan dapat menyatakan tujuan dan kepentingan perlindungan insurans dan takaful.

Habis darjah 6 nanti, semua murid boleh jadi ejen takaful aku rasa. Apa benda la makin merepek meraban ni.
Mohd Fadli menjelaskan bahawa dia kurang setuju dengan penambahan silibus berkenaan yang disifatkan agak tidak masuk akal kerana masih ada lagi di kalangan pelajar yang lemah dalam subjek itu dan belum dapat menguasai pengiraan asas matematik.

Lama kami dok tunggu buku baru ni, ingat ada la perubahan yang lebih memudahkan. Rupanya ditambah celaru.
silibus

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan penambahan silibus tersebut yang dianggap terlalu awal untuk murid-murid tahun 6 menguasainya.



“Ajar benda-benda celik kewangan ni di silibus form 4 dan form 5 la, sesuai untuk mereka,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Dekat Jepun pendidikan rendah 6-10 tahun ajar moral, etika, budi bahasa. Kita sumbat selagi boleh,” tulis seorang lagi netizen. Bn

Silibus Baru Matematik Tahun 6 Belajar Insurans & Takaful?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker