Selepas ‘Abah Sayang Melaka’ kini ‘Abah Untuk Malaysia’ di Johor?

Selepas ‘Abah Sayang Melaka’ kini ‘Abah Untuk Malaysia’ di Johor?

Perikatan Nasional (PN) yang mengambil keputusan untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dikatakan mengambil pendekatan sama seperti PRN Melaka?

Ia ekoran satu gambar yang dilihat MalaysiaGazette mengenai cetakan pada t-shirt kempen PRN itu tidak lama lagi.

Dalam gambar itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat masih menggunakan pendekatan sama seperti di PRN Melaka pada tahun lalu iaitu dengan mengetengahkan perkataan ‘Abah’.

“Undilah Perikatan Nasional, Abah Untuk Malaysia,” terpampang di t-shirt yang didakwa bakal digunakan gabungan itu kelak.

Bagaimanapun kesahihan mengenai cetakan t-shirt berkenaan belum dapat dipastikan.

Sebelum in, pendekatan ‘Abah Sayang Melaka’ digunakan Muhyiddin untuk kempen pilihan raya di Melaka, November tahun lalu.

Untuk rekod, pada PRN Melaka, PN meletakkan calon di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi hanya menang dua, iaitu DUN Sungai Udang dan Bemban.

PN sebelum ini mengumumkan akan bertanding di semua 56 kerusi malah proses gabungan itu dilaporkan telah selesai membahagikan semua kerusi yang akan dipertandingkan mereka.

Terdahulu pada 29 Januari lalu, Muhyiddin mengumumkan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding pada PRN Johor menggunakan logo PN.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Bersatu memenangi 11 kerusi DUN iaitu Gambir, Puteri Wangsa, Tenang, Kempas, Bukit Kepong, Bukit Permai, Larkin, Permis, Sedili, Johor Lama dan Endau. MG

Selepas ‘Abah Sayang Melaka’ kini ‘Abah Untuk Malaysia’ di Johor?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker