Akibat perkahwinan tak direstui mentua, lelaki buat laporan palsu Sabah diceroboh

Akibat perkahwinan tak direstui mentua, lelaki buat laporan palsu Sabah diceroboh

KOTA KINABALU: Polis Sabah berkata, seorang lelaki membuat laporan palsu mengenai sekumpulan lelaki asing bersenjata menceroboh negeri itu dengan harapan masalah perkahwinan yang tidak direstui keluarga isterinya akan selesai.

Warga asing itu yang hanya dikenali sebagai Ben, dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu hari ini selepas mengaku memberi maklumat palsu berhubung kumpulan terbabit yang dikatakan menceroboh daerah itu awal bulan ini.



Pesuruhjaya Polis Sabah, Idris Abdullah berkata, hasil siasatan polis mendapati dakwaan lelaki terbabit palsu.

“Motifnya untuk mereka-reka cerita kononnya tempat tinggal dia tidak lagi selamat bagi menarik perhatian pihak keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan tertuduh juga ada kaitan dengan masalah keluarga kerana perkahwinannya tidak direstui dan lelaki itu berharap selepas membuat laporan polis, tiada lagi gangguan daripada keluarga isterinya.

Lelaki berusia 42 tahun itu mengaku bersalah di hadapan Majistret Ryan Sagiran Rayner.



Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh dikatakan membuat laporan itu di Balai Polis Cenderawasih, Lahad Datu pada 7.54 malam 3 Feb lalu.

Dia mendakwa 13 lelaki bersenjata laras panjang dan berpakaian celoreng, dipercayai “tentera” dari selatan Filipina mendarat di pantai Sabah.

Idris memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memberi maklumat palsu, khasnya dalam soal keselamatan.

Walaupun polis dan pasukan keselamatan lain mengalu-alukan maklumat berguna, katanya, rakyat perlu bertanggungjawab dan tidak memberi maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran orang ramai.
FMT



Akibat perkahwinan tak direstui mentua, lelaki buat laporan palsu Sabah diceroboh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker