Representasi lucut hak keluarga Abdul Azeez ditolak

Representasi lucut hak keluarga Abdul Azeez ditolak

Pejabat Peguam Negara menolak representasi dikemukakan ahli keluarga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan syarikat mereka terhadap permohonan kerajaan melucut hak wang tunai dan harta bernilai RM16 juta didakwa hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram.

Dalam prosiding sebutan kes lucut hak harta itu hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa Pejabat Peguam Negara memutuskan menolak representasi itu dan sepucuk surat berhubung perkara itu sudah dihantar kepada peguam responden pada 4 Februari lalu.



Beliau berkata, pihak pendakwaan menerima dua afidavit daripada responden dan akan meneliti serta mengkajinya sebelum mengambil tindakan lanjut.

Peguam Datuk Prem Ramachandran yang mewakili semua responden, mengesahkan sudah menerima surat makluman dan mengemukakan afidavit berhubung sumber dana yang sah kepada pendakwaan.

Peguam itu berkata, pihaknya juga berhasrat memasukkan hujahan baharu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin, menetapkan 21 Jun ini untuk mendengar permohonan pendakwaan untuk melucut hak harta berkenaan.



Dalam saman yang difailkan pada September 2019 itu, kerajaan memohon untuk melucut hak hampir RM16 juta daripada akaun milik isteri Abdul Azeez, Datin Seri Khadijah Mohd Noor, empat anak mereka termasuk satu lot kedai di Bandar Sunway milik syarikat mereka, Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd.

Pada 18 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan ahli keluarga Abdul Azeez untuk menangguhkan prosiding saman melucut hak sementara perbicaraan kes rasuah terhadap Abdul Azeez di Mahkamah Sesyen diputuskan.

Abdul Azeez, 54, kini dibicarakan atas tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta 10 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan hampir RM140 juta, yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Perbicaraan itu bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan Abdul Azeez untuk membatalkan semua tuduhan di Mahkamah Rayuan. BH



Representasi lucut hak keluarga Abdul Azeez ditolak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie



Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker