Laut Mati di Indonesia
Laut Mati di Indonesia
Sebuah pantai di Sumatera Utara dikatakan mempunyai kadar kandungan garam yang sangat tinggi dan digelar sebagai Laut Mati Indonesia, lapor laman berita Kompas, semalam.
Air di Pantai Tureloto, Kabupaten Nias Utara itu sangat masin dan menyukarkan hidupan laut untuk membiak di dalamnya.
Selain itu, pengunjung yang datang ke pantai itu juga boleh mengapungkan diri tanpa perlu berenang kerana kepekatan garamnya.
Meskipun digelar Laut Mati Indonesia, Pantai Tureloto masih mempunyai sedikit hidupan di dalamnya namun tidak seperti lautan biasa.
Memiliki pemandangan yang sangat cantik dan dikenali sebagai pusat pelancongan, Pantai Tureloto juga mempunyai gugusan batu karang yang bertindak sebagai pemecah ombak semula jadi.
Laut Mati yang asli terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. K Online
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Main belakang’: Mahkamah Rayuan tolak rayuan KJ
- Penceraian Ezurin Khyra tidak dapat diterima peminatnya
- Geng Suami Kelaparan Tunggu Pegang Pinggan, Geng Isteri Ambil Gambar Dulu (Video)
- Ramai bimbang episod beraya di perantauan berulang lagi
- Dividen Tabung Haji 3 peratus?
- Tidak Sangka!!..Wajah Maskulin, Suara ‘Jantan’ Antara Ciri-Ciri Lelaki Sperma Tidak Sihat
- Boleh tahan kebebalan Wan Saiful – Najib
- Individu kesan imej zombi guna Google Maps
- Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja
- Jaga-Jaga Buat Pesakit Diabetes Yang Perlu Elak 5 Menu Sedap Setiap Sarapan Pagi
- Ketua Pemuda Pas ‘serang’ Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.