Gagal hubungi kekasih, lelaki cuba bunuh diri

Gagal hubungi kekasih, lelaki cuba bunuh diri

SHAH ALAM – Hanya kerana gagal menghubungi kekasih disyaki punca seorang lelaki cuba membunuh diri dengan berada di bumbung tingkat 18 sebuah apartmen di Taman TTDI, di sini awal pagi tadi.

Lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan sempat memaklumkan kepada rakannya di Pulau Pinang berhubung tindakannya.



Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.30 pagi.

Katanya, bomba yang tiba lima minit kemudian terus melakukan operasi pujukan dan menyelamat selain memasang tilam angin di bawah apartmen berkenaan.

Difahamkan, lelaki tersebut memanjat dari tingkat 17 sebelum berada di bumbung tingkat 18 berkenaan.

“Berdasarkan maklumat, lelaki tersebut bertindak sedemikian ekoran gagal menghubungi kekasihnya.



“Dia juga dikatakan baru bercerai dengan isterinya pada November tahun lalu selain pernah juga cuba membunuh diri di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Norazam menambah, operasi memujuk turut dibantu adik dan bekas isterinya dalam operasi hampir empat jam itu.

Jelas beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki tersebut mempunyai masalah tekanan perasaan.

“Dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. K Online



Gagal hubungi kekasih, lelaki cuba bunuh diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie



Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker