Ubat jerawat mujarab, hati-hati memilih โ€“ Pusat Racun Negara

Ubat jerawat mujarab, hati-hati memilih โ€“ Pusat Racun Negara

Kulit muka menjadi merah, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada matahari.

Itu kesan utama akibat pengambilan ubat jerawat yang mengandungi bahan tretinoin tanpa pengawasan oleh ๐—ฃ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต (PBKD).

Mendedahkan perkara itu, Pusat Racun Negara menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, pihaknya mendapati ada pengeluar kosmetik yang mencampurkan tretinoin dalam produk jerawat mereka.

Menurutnya, bagi menghasilkan produk yang berkesan, ada segelintir pengeluar produk yang tidak bertanggungjawab mencampurkan bahan terlarang serta berbahaya tanpa mengira kesan jangka panjang kepada pengguna.

โ€œSalah satu bahan terlarang yang sering dicampur ke dalam produk untuk mengatasi masalah jerawat adalah tretinoin.

โ€œTretinoin sebenarnya adalah satu bahan yang berasal daripada vitamin A yang dipanggil retin-A.

โ€œRetin-A, adalah bahan paling berkesan yang digunakan dalam merawat jerawat dan penuaan kulit, malah, turut digunakan merawat psoriasis dan beberapa jenis kanser,โ€ katanya.

Katanya, tretinoin adalah racun berjadual yang dikawal di bawah ๐—”๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿฑ๐Ÿฎ dan perlu berdaftar dengan PBKD serta hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Jelas Pusat Racun Negara lagi, pengeluar produk kosmetik tidak boleh sewenang-wenangnya mencampurkan tritenoin dalam produk kosmetik mereka.

Katanya, penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik yang mengandungi tretinoin adalah menyalahi ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป-๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐˜€๐—บ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿด๐Ÿฐ.

โ€œJika didapati bersalah, boleh dihukum denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

โ€œBagi kesalahan berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,โ€ katanya.

Katanya, s๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป pula ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐—ฅ๐— ๐Ÿฑ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam memilih lambakan produk kosmetik dalam pasaran selain mengelak membeli produk secara atas talian atau sumber tidak diyakini. Utusan

Ubat jerawat mujarab, hati-hati memilih โ€“ Pusat Racun Negara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba โ€“ Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker