Ubat jerawat mujarab, hati-hati memilih – Pusat Racun Negara
Ubat jerawat mujarab, hati-hati memilih – Pusat Racun Negara
Kulit muka menjadi merah, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada matahari.
Itu kesan utama akibat pengambilan ubat jerawat yang mengandungi bahan tretinoin tanpa pengawasan oleh 𝗣𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗱𝗮𝗵 (PBKD).
Mendedahkan perkara itu, Pusat Racun Negara menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, pihaknya mendapati ada pengeluar kosmetik yang mencampurkan tretinoin dalam produk jerawat mereka.
Menurutnya, bagi menghasilkan produk yang berkesan, ada segelintir pengeluar produk yang tidak bertanggungjawab mencampurkan bahan terlarang serta berbahaya tanpa mengira kesan jangka panjang kepada pengguna.
“Salah satu bahan terlarang yang sering dicampur ke dalam produk untuk mengatasi masalah jerawat adalah tretinoin.
“Tretinoin sebenarnya adalah satu bahan yang berasal daripada vitamin A yang dipanggil retin-A.
“Retin-A, adalah bahan paling berkesan yang digunakan dalam merawat jerawat dan penuaan kulit, malah, turut digunakan merawat psoriasis dan beberapa jenis kanser,” katanya.
Katanya, tretinoin adalah racun berjadual yang dikawal di bawah 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗥𝗮𝗰𝘂𝗻 𝟭𝟵𝟱𝟮 dan perlu berdaftar dengan PBKD serta hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Jelas Pusat Racun Negara lagi, pengeluar produk kosmetik tidak boleh sewenang-wenangnya mencampurkan tritenoin dalam produk kosmetik mereka.
Katanya, penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik yang mengandungi tretinoin adalah menyalahi 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻-𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗼𝘀𝗺𝗲𝘁𝗶𝗸 𝟭𝟵𝟴𝟰.
“Jika didapati bersalah, boleh dihukum denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
“Bagi kesalahan berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Katanya, s𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 pula 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗥𝗠𝟱𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam memilih lambakan produk kosmetik dalam pasaran selain mengelak membeli produk secara atas talian atau sumber tidak diyakini. Utusan
Ubat jerawat mujarab, hati-hati memilih – Pusat Racun Negara
Baca Artikel Menarik:
- ‘Main belakang’: Mahkamah Rayuan tolak rayuan KJ
- Penceraian Ezurin Khyra tidak dapat diterima peminatnya
- Geng Suami Kelaparan Tunggu Pegang Pinggan, Geng Isteri Ambil Gambar Dulu (Video)
- Ramai bimbang episod beraya di perantauan berulang lagi
- Dividen Tabung Haji 3 peratus?
- Tidak Sangka!!..Wajah Maskulin, Suara ‘Jantan’ Antara Ciri-Ciri Lelaki Sperma Tidak Sihat
- Boleh tahan kebebalan Wan Saiful – Najib
- Individu kesan imej zombi guna Google Maps
- Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja
- Jaga-Jaga Buat Pesakit Diabetes Yang Perlu Elak 5 Menu Sedap Setiap Sarapan Pagi
- Ketua Pemuda Pas ‘serang’ Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie
You must be logged in to post a comment.