Tembok rumah runtuh hempap Perodua Myvi [VIDEO]

SEREMBAN: Tembok sebuah rumah di Jalan Seng Meng Lee, dekat sini runtuh lalu menghempap sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang tadi.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohd. Nazri Azis berkata, pihaknya mendapat panggilan pada pukul 5.29 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

Tembok sebuah rumah di Jalan Seng Meng Lee  yang runtuh dalam kejadian petang tadi.-VIDEO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.



“Setibanya di lokasi, kami mendapati tembok sebuah rumah yang runtuh. Runtuhan tersebut turut menimpa sebuah kereta jenis Perodua Myvi, namun, ia tidak melibatkan mangsa.

“Kemungkinan konkrit tembok rumah berkenaan tidak kuat dan menyebabkan ia runtuh dan mungkin disebabkan cuaca hujan yang berlaku di sekitar sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pihak bomba telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, seorang jiran pemilik rumah yang tidak mahu dikenali memberitahu, ketika kejadian, dia dan suaminya berada dalam rumah.



“Pada pukul 4 petang, saya terdengar satu dentuman kuat dan kemudian saya keluar rumah dan melihat rumah jiran saya itu mengalami runtuhan tembok,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie



Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker