Zuraida dijangka keluar Bersatu April ini, sertai PBM, kata sumber

Zuraida dijangka keluar Bersatu April ini, sertai PBM, kata sumber

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin, dijangka keluar Bersatu pada April ini dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebelum PRU15, sumber memberitahu FMT.

Menurut sumber, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkongsi rancangannya itu dengan pimpinan PBM baru-baru ini.



Tindakan Zuraida keluar parti April depan mengambil kira jangkaan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan rang undang-undang antilompat parti ketika itu.

“Antara sebab lain mengapa bulan empat (ialah) kerana Zuraida mahu keluar Bersatu sebelum akta antilompat parti diluluskan,” kata sumber itu.

Pagi tadi, FMT mengesahkan Zuraida dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp pimpinan tertinggi Bersatu yang turut dianggotai Presiden parti itu Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, pimpinan Bersatu juga dilaporkan menyiasat dakwaan bahawa Zuraida dikaitkan dengan PBM.



Beberapa penyokong dan “orang kuat” Zuraida dilaporkan sudah menyertai PBM, namun parti itu menegaskan Zuraida tidak memohon menjadi ahli.

NGO Penggerak Komuniti Negara, yang pernah dikaitkan dengan Zuraida, dalam kenyataan Disember lepas mendakwa ramai ahlinya telah menyertai PBM.

Pengerusi NGO itu, Nor Hizwan Ahmad berkata, mereka memilih PBM bagi menjayakan agenda “The Great Reset 2030”.

PBM diketuai bekas Ahli Parlimen PKR, Larry Sng, selaku Presiden dan Timbalannya, Haniza Talha, yang juga bekas ahli PKR.



FMT sedang mendapatkan reaksi Zuraida.
FMT

Zuraida dijangka keluar Bersatu April ini, sertai PBM, kata sumber


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri



Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker