Wanita Kemalangan Maut Langgar Kerbau

Wanita Kemalangan Maut Langgar Kerbau

BATU GAJAH: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas setelah melanggar seekor kerbau di Jalan Perindustrian Pengkalan 2 di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, Lee Chiew Li, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.



Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan pulang dari Pusing di sini ke rumahnya di Kampung Muhibbah Fasa 1, Sungai Siput.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan selepas terlanggar kerbau yang melintas.

“Kereta mangsa telah terbabas masuk ke gaung sebelah kiri jalan dan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik, Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-SH



Wanita Kemalangan Maut Langgar Kerbau

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap



Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker