Britain edar pil Paxlovid rawat Covid-19
LONDON – Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial Britain mengumumkan bahawa negara berkenaan akan mula mengedarkan pil antivirus kedua Covid-19, Paxlovid, kepada individu yang paling berisiko mendapat jangkitan teruk akibat wabak tersebut, lapor agensi berita United Press International kelmarin.
Pil PF-07321332+ritonavir atau lebih dikenali sebagai Paxlovid itu adalah keluaran syarikat farmaseutikal, Pfizer. Ubat tersebut akan mula diedarkan di Britain pada 10 Februari ini.
Ia merupakan ubat antivirus kedua yang digunakan oleh kerajaan Britain selepas molnupiravir. Negara itu telah membeli sebanyak 2.75 juta pil Paxlovid dan 2.23 juta pil molnupiravir setakat ini.
“Penggunaan pil antivirus ini adalah penting bagi sektor farmaseutikal ketika rakyat negara ini sedang belajar untuk hidup bersama wabak Covid-19.
“Britain sedang menerajui kaedah ini, terutamanya dalam penggunaan pil tersebut,” kata Setiausaha Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial, Sajid Javid dalam satu kenyataan akhbar.
Ujian-ujian klinikal yang dijalankan sebelum ini mendapati bahawa pil Paxlovid berkesan mengurangkan risiko kemasukan ke hospital sebanyak 88 peratus.
Pihak berkuasa ubat-ubatan Kesatuan Eropah pada Khamis lalu turut mengeluarkan saranan bagi membenarkan Paxlovid digunakan bagi merawat Covid-19 dalam kalangan pesakit dewasa yang tidak memerlukan bantuan oksigen serta individu yang berisiko mendapat jangkitan teruk. – AGENSI
Britain edar pil Paxlovid rawat Covid-19
Baca Artikel Menarik:
- Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
- Hadi ugut UMNO?
- Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
- Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
- Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
- JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
- Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
- Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
- Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
- Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
- ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”