Kerusi asal UMNO pun Bersatu anggap mereka punya – Shabery

Kerusi asal UMNO pun Bersatu anggap mereka punya – Shabery

Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, cara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memang lain.

Ini kerana, pada PPBM kerusi milik UMNO yang melompat ke parti itu dikira sebagai kerusi milik dan haknya.

Ia termasuk tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik UMNO yang lompat ke PPBM.

Secara sinis, Ahmad Shabery yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, Israel susah hendak berbaik dengan Palestin pun fasal hal yang sama.

”Rampas tanah, duduk secara haram semua dianggap milik dia. Guna tentera bom mana yang tak setuju.

”Sebab tu akar umbi UMNO sensitif bila ada yang MN (Muafakat Nasional) nak, PN pun nak,” ujarnya.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Datuk Rosol Wahid yang berkata, parti itu akan mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PPBM mempunyai 11 kerusi iaitu DUN Gambir, Puteri Wangsa, Tenang, Kempas, Bukit Kepong, Bukit Permai, Larkin, Permis, Sedili, Johor Lama dan Endau.

Tiga daripadanya iaitu Sedili, Johor Lama dan Endau adalah kerusi UMNO sebelum ahli-ahli Dewangan Undangan Negeri terbabit melompat parti. MG

Kerusi asal UMNO pun Bersatu anggap mereka punya – Shabery


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker