Idrus Harun melangkaui kuasa lantik Sri Ram

Gopal Sri Ram

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bertindak melangkaui bidang kuasanya apabila melantik Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya bagi mengendalikan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rosmah berkata demikian dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis untuk menggugurkan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya yang mengetuai pendakwaan dalam kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapinya.

Menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul yang diperolehi daripada peguam, Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah pada Jumaat, isteri bekas Perdana Menteri itu berkata, pelantikan Sri Ram tidak merujuk kepada kes pengubahan wang haram dan berkaitan LHDN.

Selepas meneliti surat pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Acara Jenayah bertarikh 8 Julai 2020, Rosmah mendapati pelantikan Sri Ram tidak merujuk kepada dua kes tersebut.



Sekalipun mahkamah berpendapat Idrus bertindak secara teratur selaras dengan kuasa statutorinya, beliau berkata, Sri Ram bukan individu yang sesuai untuk mengendalikan kes itu.

Berdasarkan surat pelantikan, beliau berkata, jelas menunjukkan Sri Ram terbabit dalam proses siasatan.

“Peguam saya akan berhujah lanjut berkenaan perkara ini dalam prosiding pendengaran permohonan itu kelak.

“Saya percaya, lanjutan daripada semua yang dinyatakan, adalah jelas bahawa Sri Ram harus disingkirkan sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes ini,” katanya.



Pada 4 Oktober 2018, Rosmah, 71, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7.09 juta dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Affin Bank Berhad cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.



Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan seperti mana yang diperuntukkan Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

Idrus Harun melangkaui kuasa lantik Sri Ram


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia



PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker