Guru tadika antara 3 maut dalam kemalangan



Guru tadika antara 3 maut dalam kemalangan

LIPIS: Guru Tabika KEMAS antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 84, Jalan Lipis-Merapoh di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, penumpang belakang kereta Toyota Corolla Altis, Mariam Ariffin, 41, yang juga guru Tabika KEMAS dan rakannya, Che Mazenah Hussin, 61, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penumpang hadapan, Rosnani Md Daud, 28, pula meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata siasatan awal mendapati kereta Toyota Corolla Altis dipandu Wan Mohd Azizol Wan Daud, 35, bersama empat penumpang dalam perjalanan dari arah Merapoh ke Lipis.




Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi secara tiba-tiba sebuah motosikal keluar dari simpang sebuah rumah, sebelum pemandu kereta itu mengelak lalu terbabas ke bahu jalan.

“Kereta dipandu mangsa kemudiannya hilang kawalan lalu memasuki ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah van Toyota Hiace milik sebuah syarikat keselamatan.

“Akibat kemalangan itu, dua penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang hadapan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lipis,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun pemandu van keselamatan hanya cedera ringan, manakala dua lagi penumpang kenderaan itu parah di kaki dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. BH




Guru tadika antara 3 maut dalam kemalangan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Leave a Reply

Your email address will not be published.