Fad Bocey Buka Klinik Di Publika bersama isterinya

Fad Bocey Buka Klinik Di Publika bersama isterinya

Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey terus mekar mencipta nama di dalam industri.

Menyifatkan sebagai rezeki anak-anak, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam,31 berkongsi khabar gembira bahawa dia dan isteri, Syaheera Rahman akan membuka klinik mereka sendiri tidak lama lagi.

“Alhamdulillah isteri dan saya akan mempunyai klinik kami sendiri dimana ia akan diterajui oleh isteri dan saya sebagai penyokong Megaklinik Zahran. Akan ada di Publika dan sekarang tengah renovate lagi. Insyallah dalam bulan 5 atau 6 akan dibuka. Saya merupakan selebriti kedua yang buka klinik ini selepas Fitri Haris” kata Fad.

Menurut Fad, cetusan idea tersebut datang daripada keinginan serta sikap isterinya yang gemar berkongsi pandangan dengan orang ramai. Baik dari segi pelbagai isu sehingga tips untuk mendapatkan anak kembar, segalanya akan dikongsikan oleh isteri yang tercinta.

“Kami mula kenal masa ujian RTK Covid dan mereka sangat membantu. Masa itu kami kongsikan kepada orang ramai yang mereka ini boleh datang ke rumah untuk buat ujian swab dan mereka adalah yang pertama buat drive thru. Isteri saya dan pemilik Megaklink Zahran pula sering berkongsi pendapat dan turut berkongsi tips. Kebetulan pula, dia memang nak ada klinik sendiri dan suka berjumpa dengan orang ramai untuk bertukar pendapat” katanya lagi

Utamakan Anak-Anak

Bergelar sebagai bapa kepada empat orang cahaya mata yang masih kecil, Fad menegaskan dia dan isteri sentiasa mengutamakan mereka dalam setiap aspek. Memandangkan dia sering terlibat dengan komitmen kerja di pelbagai kawasan, Fad terlebih dahulu mengambil langkah pencegahan sebelum bertemu dengan anak-anak.

“Isteri bukan paranoid tetapi dia sangat tekankan keselamatan dan kesihatan. Macam saya selalu kerja diluar, dia akan melarang saya untuk terus masuk ke rumah dan kena mandi dahulu. Malah kalau ada kawan-kawan dia yang datang pun, dia akan meminta maaf dan menegur mereka untuk tidak memegang anak-anak kami yang masih kecil memandangkan mereka dari kawasan luar.

“Kalau balik, saya tidak akan jumpa anak-anak terus. Saya akan hubungi isteri cakap saya dah sampai dan dia akan segera bawa anak-anak pergi ke bilik lain dahulu. Jadi saya akan masuk, mandi dan baru bertemu mereka” kongsi Fad

Fad ditemui di sidang media program realiti MIC ON! musim kedua baru-baru ini di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Program tersebut akan disiarkan di Awesome TV bermula 28 Januari 2022 . Dalam MIC ON! Fad, Ropie dan Ajak Shiro menggalas tanggungjawab sebagai pengurus yang akan membimbing anak didik masing-masing untuk merebut gelaran juara. Mr

Fad Bocey Buka Klinik Di Publika bersama isterinya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker