Ramasamy bidas PKR, apa guna bentuk gabungan kalau tak percaya

Ramasamy bidas PKR, apa guna bentuk gabungan kalau tak percaya

Pemimpin DAP P Ramasamy mengkritik PKR berhubung keputusan menggunakan logo sendiri dan bukannya Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, adalah salah dan dangkal bagi sesetengah pemimpin PKR menganggap punca masalah mereka ialah mengenai penggunaan logo gabungan itu.



“Ia lebih kepada kaliber kepimpinan dan sokongan orang ramai,” katanya dalam kenyataan.

“Meletakkan keutamaan yang tidak sepatutnya terhadap logo mungkin tidak produktif kerana isu sebenarnya yang mungkin menjejaskan prestasi parti, tidak lagi menjadi penting,” katanya.

Ramasamy berkata, logo mungkin mempunyai sedikit kesan tetapi ia mesti dilihat berhubung pemilihan calon, kepimpinan parti dan isu yang dihadapi serta bagaimana orang ramai melihat parti secara amnya.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana PH secara keseluruhannya boleh mendepani Umno atau Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya PKR tidak boleh menggunakan logo gabungan itu dalam PRN.



“Jika PKR tidak percaya dengan logo gabungan, jadi apa gunanya kita membentuk gabungan?

“Masalahnya bukan mengenai logo. Kepimpinan telah dipergunakan dan dimanipulasi oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.”

Katanya, kepimpinan PH mesti dipersalahkan atas hubungan “rapat dan parasit” mereka dengan Mahathir kerana ia menjadi punca kejatuhan PH, bukan penggunaan logo.

“Kenapa pemimpin PKR menyalahkan logo dan bukan diri sendiri?”



Katanya, meninggalkan logo yang biasa itu tidak bagus untuk politik alternatif di negara ini.

“Ia bukan sekadar menggunakan satu logo kepada satu logo yang lain, ia mengenai sikap percaya rakyat Malaysia kepada PH, seperti dilambangkan oleh logo itu,” katanya.

Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata Majlis Presiden PH telah bersetuju untuk membenarkan PKR menggunakan logonya sendiri pada PRN Johor manakala Amanah dan DAP kekal bertanding menggunakan logo PH.

Pengarah Strategik PKR Sim Tze Tzin berkata ia adalah keputusan penting dan beliau mempunyai “pengalaman” daripada kekalahan PKR dalam PRN Melaka. FMT



Ramasamy bidas PKR, apa guna bentuk gabungan kalau tak percaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)



GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker