PRN Johor: Pakatan Harapan bercelaru, Isu logo pun tidak boleh sepakat

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menggunakan media sosial untuk menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan pemilihan dua lambang untuk menyertai pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Sekurang-kurangnya dua wakil rakyat DAP mempersoalkan status PH sebagai gabungan, manakala PKR mempertahankan keputusan itu sebagai langkah strategi pilihan raya.

Seorang daripada mereka yang mengkritik ialah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy.

“Jika PKR sendiri tak percaya kepada logo PH, buat apa ada gabungan?” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Ramasamy juga mempersoalkan bagaimana PH – secara keseluruhan – boleh meluaskan gabungan itu untuk menghadapi Umno-BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang jika mereka tidak boleh menggunakan satu logo seragam di Johor.

Adun Tras – juga dari DAP – Chow Yu Hui yang berkata PH kini boleh dianggap sebagai wujud hanya pada nama sahaja.

“Keputusan PKR menggunakan bendera mata biru pada asasnya suatu pengumuman bahawa PH wujud pada nama sahaja.

“Pada realitinya PKR gerak secara solo. Tidak perlu DAP dan Amanah berpegang kepada bendera PH apabila semangat pakatan dan nilai strategik sudah hilang.

“Bertegas menggunakan logo PH hanya akan menjadikan akar umbi lebih keliru manakala pengundi berasa meluat,” katanya.

Dia turut menyarankan agar DAP menggunakan lambang mereka sendiri pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Chang Lih Kang dan bendahari agung parti itu, Lee Chean Chung, dalam catatan berasingan di Facebook berkata, dakwaan PH sudah terkubur hanya kerana dua logo digunakan di Johor sebagai naratif yang cacat.

Mereka berdua memetik bagaimana DAP dan Amanah bertanding menggunakan logo Warisan semasa PRN Sabah pada 2020. PKR pula, kata mereka, menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya berkenaan.

Kata Chang, sejak penubuhan PH, gabungan itu menggunakan logo PKR semasa PRU 2018 dan beberapa pilihan raya kecil selepas itu, manakala lambang PH ketika pilihan raya kecil Port Dickson dan Tanjung Piai, selain dan PRN Melaka.

Parti PH juga kemudian menggunakan lambang berbeza dalam PRN Sabah dan Sarawak.

“Kita menghadapi cabaran itu dan merasakan kesukarannya dalam eksperimen politik yang bergelombang.

“Keutamaan kita sekarang ialah untuk memenangi persetujuan rakyat. Lebih mudah jika kita boleh mempunyai lebih empati dan kurang agenda peribadi kerana kita sedang menuju ke arah reformasi.

“Walaupun menjadi ranggi semasa pemilihan parti semakin hampir memang tidak dapat dielakkan, tetapi saya berharap tiada siapa yang akan membakar kelambu hanya kerana marahkan nyamuk,” kata Chang.

PRN Johor: Pakatan Harapan bercelaru, Isu logo pun tidak boleh sepakat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker