Peminta sedekah raih RM2,300 sehari diserah kepada imigresen
Peminta sedekah raih RM2,300 sehari diserah kepada imigresen
SEREMBAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan telah merujuk kes peminta sedekah warga Kemboja yang tular di laman Facebook selepas dikatakan mampu meraih pendapatan mencecah RM2,300 sehari di pasar malam di sekitar daerah ini.
Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, pihaknya telah menyiasat kejadian tersebut dan ia berlaku di Pasar Malam Ampangan di sini pada 25 Januari lalu.
Menurutnya, tinjauan yang dilakukan oleh Unit Penguatkuasa, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Seremban mendapati dua wanita warga asing berusia 40 dan 35 tahun sedang mengemis.
“Mereka membawa anak berusia dua tahun. Siasatan mendapati mereka tinggal di Sungai Buloh, Selangor dan menaiki teksi untuk mengemis di Ampangan.
“Kes ini dirujuk kepada Jabatan Imigresen. JKM juga telah menjelaskan kepada kedua-dua peminta sedekah tersebut bahawa perbuatan mengemis adalah salah di sisi undang-undang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rosnah berkata, pihaknya juga berdepan kesukaran untuk menyiasat lebih lanjut mengenai latar belakang peminta sedekah termasuk pendapatan daripada aktiviti salah berkenaan disebabkan masalah bahasa.
“JKM sudah memaklumkan kepada Jabatan Imigresen dan pihak berkenaan akan mengambil tindakan bersesuaian,” katanya.
Semalam Kosmo Online melaporkan modus operandi digunakan seorang wanita warga asing dengan menjadikan sehelai tudung sebagai ‘modal’ meraih simpati orang ramai diihat membuahkan hasil apabila pendapatan diraihnya melebihi gaji seorang pegawai kerajaan. K Online
Peminta sedekah raih RM2,300 sehari diserah kepada imigresen
Baca Artikel Menarik :
- Erra sedia terima bukan Melayu sebagai jodoh
- Zuhdi gesa segerakan PRU
- Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!
- Mokhtar Senik kembali dengan kecaman bertalu-talu kepada UMNO
- Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo – penganalisis
- Tak marahlah, Atu cuma bergurau jadi klon saya – Anuar Zain
- Afdlin bakal bertanding di Dun Johor?
- PRNJohor: PAS sedia bekerja dengan PH tapi bersyarat – Idris
- PRN Johor: Tewas 39 kerusi kepada Umno, apa logik PAS mahu tuntut lebih?
- PRNJohor: PAS tolak tawaran UMNO, mahu bersama PN
- Tanah mendap: 17 premis diarah henti sementara operasi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun