Pejuang letak anak Osman Sapian di Dun Kempas?
Pejuang letak anak Osman Sapian di Dun Kempas?
Anak sulung bekas Menteri Besar Johor Allahyarham Datuk Osman Sapian iaitu Nornekman mungkin bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.
Nornekman, 47, yang juga Timbalan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor berkata meskipun bertanding atas tiket parti politik yang berbeza dengan ayahnya, namun itu bukan penghalang baginya meneruskan legasi arwah bapanya bagi menabur bakti kepada masyarakat.
“Saya memang bersedia untuk bertanding dan jika boleh, mahu menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas kerana penduduk di situ amat dekat di hati kami sekeluarga, termasuk saya sendiri sepanjang tiga penggal arwah menjadi wakil rakyat di situ.
“Bagaimanapun saya tetap akan akur dengan sebarang keputusan kepimpinan parti melibatkan soal pencalonan dalam PRN Johor,” katanya di pejabat Pejuang Johor di Johor Bahru hari ini.
Osman bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas yang juga merupakan Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam, meninggal dunia di rumah anaknya di Kuala Lumpur pada 21 Dis 2021.
Mengulas mengenai Johor sebagai medan pertama Pejuang bertanding, Nornekman berkata parti itu mahu menghadiahkan kemenangan PRN Johor kepada Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad selain berharap kesihatan pengasas parti itu beransur baik sekali gus membolehkan beliau turun membantu jentera di PRN Johor.
“Bagaimanapun, apa yang lebih utama adalah beliau menjaga kesihatan diri ketika ini. Jika beliau tidak dapat turun secara fizikal sekalipun, beliau masih boleh membantu kempen melalui pelbagai platform lain, termasuklah menggunakan media sosial,” katanya.
Semalam, anak sulung bekas perdana menteri itu, Datin Paduka Marina dilaporkan berkata keadaan kesihatan Dr Mahathir semakin pulih dan telah dipindahkan dari Unit Rawatan Koronari ke wad biasa Institut Jantung Negara (IJN).
Sementara itu, Nornekman berkata Pejuang Johor akan memastikan calon yang dipilih untuk bertanding dalam PRN itu tidak melakukan kecuaian yang boleh menjejaskan kempen parti, khususnya ketika hari proses penamaan calon.
“Sebagai langkah persediaan Biro Peguam parti, akan memberi latihan kepada semua pihak terlibat kerana setiap kali pilihan raya, kita akan dengar berita kecuaian seperti calon salah isi borang, tertinggal kad pengenalan dan sebagainya, jadi Pejuang akan pastikan perkara seperti ini tidak berlaku,” katanya.
Pada Sabtu lepas, Ketua Pejuang Johor Datuk Dr Saharuddin Mohd Salleh dilaporkan berkata parti itu akan bertanding secara sendirian dengan meletakkan 42 calon pada PRN Johor. Mk
Pejuang letak anak Osman Sapian di Dun Kempas?
Baca Artikel Menarik :
- Erra sedia terima bukan Melayu sebagai jodoh
- Zuhdi gesa segerakan PRU
- Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!
- Mokhtar Senik kembali dengan kecaman bertalu-talu kepada UMNO
- Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo – penganalisis
- Tak marahlah, Atu cuma bergurau jadi klon saya – Anuar Zain
- Afdlin bakal bertanding di Dun Johor?
- PRNJohor: PAS sedia bekerja dengan PH tapi bersyarat – Idris
- PRN Johor: Tewas 39 kerusi kepada Umno, apa logik PAS mahu tuntut lebih?
- PRNJohor: PAS tolak tawaran UMNO, mahu bersama PN
- Tanah mendap: 17 premis diarah henti sementara operasi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS
Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun