PAS dan UMNO. “Tenanglah saudaraku. Tamatkanlah persengketaan ini – Nasrudin Tantawi
Seorang pemimpin kanan PAS hari ini menyeru agar semua pemimpin dari parti itu dan Umno segera bertenang serta tidak saling menyerang antara satu sama lain.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan, berkata gesaan tersebut dibuat bagi mengelakkan aib terpalit kepada kedua-dua parti berkenaan.
“Tenanglah saudaraku. Tamatkanlah persengketaan ini. Malu pada masyarakat yang menyaksikan kita sesama agama bergaduh tak sudah.
“Asal ada pilihan raya kita bergaduh. Asal kita bergaduh, ada pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Perseteruan di antara PAS dan Umno bukanlah sesuatu yang asing. Ia kelihatan reda seketika apabila kedua-dua parti menjadi pembangkang selama 22 bulan sebelum mereka menjadi kerajaan tanpa pilihan raya melalui Langkah Sheraton pada hujung Feb 2020.
Semasa menjadi pembangkang buat pertama kali, Umno memeterai persefahaman dengan PAS – yang bermusuh selama berpuluh tahun – melalui Muafakat Nasional.
Namun dengan tindakan sepihak PAS menyertai Bersatu membentuk Perikatan Nasional (PN), hubungan itu kelihatan mula keruh. Ia diburukkan lagi dengan pelbagai perkembangan selanjutnya, termasuk ketika beberapa pilihan raya negeri (PRN).
Pada masa sama langkah PAS – yang dianggap ‘bermain dua kolam’ itu – turut menyaksikan pergeseran pandangan dalam parti terbabit.
Kata Nasrudin ada pemimpin PAS dan Umno yang panas baran, cepat melatah, hilang sabar dan cepat ‘koyak’ dengan apa yang berlaku.
“Kita bergaduh di tengah laman. Semua orang tengok aksi dan sikap kita. Membosankan.
“Sikit-sikit gaduh. Kebanyakannya kerana react daripada kenyataan media,” katanya.
Dia yang dilantik kerajaan PN menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menambah pemimpin Umno dan PAS sepatutnya menunjukkan kewibawaan masing-masing sebagai pemimpin negara.
Dakwa Nasrudin negara serta rakyatnya memerlukan pemimpin yang berkebolehan.
“Bercakaplah dengan ayat yang menyatukan. Menulislah dengan kalimah yang menenangkan,” katanya.
PAS dan UMNO. “Tenanglah saudaraku. Tamatkanlah persengketaan ini – Nasrudin Tantawi
Baca Artikel Menarik:
- Erra sedia terima bukan Melayu sebagai jodoh
- Zuhdi gesa segerakan PRU
- Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!
- Mokhtar Senik kembali dengan kecaman bertalu-talu kepada UMNO
- Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo – penganalisis
- Tak marahlah, Atu cuma bergurau jadi klon saya – Anuar Zain
- Afdlin bakal bertanding di Dun Johor?
- PRNJohor: PAS sedia bekerja dengan PH tapi bersyarat – Idris
- PRN Johor: Tewas 39 kerusi kepada Umno, apa logik PAS mahu tuntut lebih?
- PRNJohor: PAS tolak tawaran UMNO, mahu bersama PN
- Tanah mendap: 17 premis diarah henti sementara operasi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.