Parti lain intai P Pinang kerana DAP hilang sokongan – penganalisis

Parti lain intai P Pinang kerana DAP hilang sokongan – penganalisis

Beberapa parti termasuk dua yang kurang dikenali ‘mengintai’ Pulau Pinang kerana DAP semakin hilang penerimaan daripada penyokongnya, kata seorang penganalisis.

James Chin dari University of Tasmania berkata rasa tidak puas hati itu bukan hanya di Pulau Pinang tetapi seluruh negara seperti yang ditunjukkan menerusi kekalahan parti itu dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Sarawak.

Salah satu punca mengapa penyokong Cina parti itu tidak berpuas hati adalah berhubung Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang tidak diiktiraf – peperiksaan lepasan sekolah menengah Cina – walaupun ketika Pakatan Harapan (PH), yang dianggotai DAP, memegang kuasa kerajaan.

Chin berkata satu lagi kekecewaan mereka ialah rasa kurang senang terhadap bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung dasarnya yang menjejaskan komuniti itu.

Katanya, tindakan DAP yang berkeras untuk terus menyokong Mahathir telah menghakis sokongan terhadap mereka.

“Pengundi Cina tidak dapat memaafkannya. Mereka marah kerana DAP tidak dapat mengiktiraf UEC dan parti itu dilihat tidak mampu menentang Mahathir. DAP berada dalam masalah,” katanya.

Menurutnya, ia menjadi penyebab mengapa Warisan dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) berharap untuk masuk ke Pulau Pinang manakala MCA dan Gerakan juga cuba untuk “meremajakan semula” parti itu dengan mendekati pengundi Cina yang hilang sokongan kepada mereka sejak bertahun-tahun lalu.

Chin berasa ragu-ragu sama ada Warisan dan PBM boleh memberi ancaman kepada kerajaan negeri PH yang dikuasai DAP, namun berkata mereka mungkin berpeluang memenangi beberapa kerusi.

Menurutnya, pengundi mungkin tidak selesa memandangkan mereka mempunyai sejarah yang menerima pembelot daripada parti lain.

Katanya, mereka yang mengetuai Warisan di Pulau Pinang adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ingin merampas kembali kerusi.

“Bekas pemimpin DAP ini adalah mereka yang disisihkan dan ingin membuat kemunculan semula di kawasan lama mereka,” katanya.

“Bagi pengundi Cina, ia sentiasa antara MCA, Gerakan atau DAP,” katanya. FMT

Parti lain intai P Pinang kerana DAP hilang sokongan – penganalisis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker