DAP bidas Mahathir, tolak Anwar maka tiada kerjasama Pejuang-PH

.

PETALING JAYA: DAP menegaskan bahawa tiada ruang kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang sekiranya Dr Mahathir Mohamad berkeras enggan menerima “bos” mereka, Anwar Ibrahim dalam kerangka kerjasama “khemah besar”.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, PH sememangnya berhasrat membuka pintu rundingan dengan Pejuang menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU1%) namun mungkin terpaksa melupakannya ekoran pendirian Mahathir itu.

“Pimpinan PH sekarang ialah Anwar, kami bersedia untuk bekerjasama dengan Mahathir, tapi dia tolak kerjasama dengan PH disebabkan Anwar pengerusi (PH), jadi tak perlu kerjasama lagi. Begitu…mudah sahaja,” katanya kepada FMT.



Mengenai dakwaan Mahathir bahawa kejatuhan PH pada 2020 adalah susulan kesilapan Anwar, Guan Eng berkata, dakwaan sedemikian adalah salah dan tidak adil.

“Punca utama kejatuhan PH disebabkan Langkah Sheraton dengan dalang utamanya adalah (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali.

“Dia sepatutnya salahkan pengkhianat tersebut, bukan salahkan orang yang berpegang teguh pada jawatan partinya,” katanya.

Terdahulu, Mahathir menegaskan partinya enggan bekerjasama dengan Anwar dan Muhyiddin meskipun mengakui kepentingan kerjasama antara parti pembangkang bawah pendekatan “khemah besar” untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).



Pengerusi Pejuang itu berkata, sikap pemimpin pembangkang yang “tidak lurus” menjadi sebab mengapa partinya menolak konsep “khemah besar”.

Beliau turut mengulangi kekesalannya berhubung kejatuhan PH pada 2020 yang didakwanya adalah susulan kesilapan Anwar, sekali gus memberi laluan kepada Umno dan BN kembali mendominasi kerajaan sekarang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN



Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker