Hanya 3 orang dalam satu kereta mulai 12 Mei

Hanya 3 orang dalam satu kereta mulai 12 Mei

Kerajaan kini mengehadkan hanya tiga orang boleh berada dalam satu kereta – termasuk pemandunya – bermula 12 Mei hingga 7 Jun.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata demikian susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan kali ketiga (PKP 3.0)

Bagaimanapun, katanya, bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan ekonomi bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

“Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu.

“Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

“Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan selepas mempengerusikan sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

Untuk rekod, kerajaan sebelum ini telah membenarkan penumpang mengikut had kapasiti kereta sesuai dengan status PKP semasa yang diumumkan sama ada bersyarat atau pemulihan.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan perintah kawalan pergerakan kini diperluas ke seluruh negara.

Jelasnya, usaha itu diputuskan susulan peningkatan kes harian Covid-19 yang meletakkan negara berdepan gelombang ketiga wabak. Mk

Hanya 3 orang dalam satu kereta mulai 12 Mei

 

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

SOP sambutan Aidilfitri tahun ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker