Kutipan Kastam cecah RM42.50 bilion pada 2021 – Ismail
Kutipan Kastam cecah RM42.50 bilion pada 2021 – Ismail
JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya melakukan kutipan hasil mencecah RM42.50 bilion pada 2021.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kutipan tersebut melebihi sasaran awal Kementerian Kewangan iaitu sebanyak RM40 bilion.
“Sektor penguatkuasaan JKDM juga terserlah apabila berjaya menumpaskan kartel pengedaran dadah antarabangsa dengan rampasan dadah seberat 16 tan bernilai RM5.2 bilion.
“Dengan prestasi ini, saya yakin JKDM akan terus bergerak maju sebagai Petugas Barisan Hadapan Ekonomi yang berupaya memacu pertumbuhan berkualiti dan positif bagi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, JKDM perlu memastikan segenap warga Kastam celik digital dan bersedia untuk mengadaptasi transformasi teknologi semasa dalam membina serta membudayakan ekosistem data.
Katanya, hal itu sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021–2025 untuk memartabatkan ketelusan dan memperkasa kecekapan dalam urusan perkhidmatan.
“Saya percaya suntikan transformasi digital melalui pemerkasaan budaya dan ekosistem data dalam urusan perkhidmatan serta operasi JKDM mampu memperkasa prestasi jabatan ini.
“Kerajaan sentiasa berusaha membantu JKDM untuk terus fokus membanteras penyeludupan dan memantapkan lagi kawalan sempadan negara.
“Komitmen ini terbukti melalui penambahan bot peronda dan mesin pengimbas sebagai aset baharu JKDM bagi memantapkan kedaulatan perbatasan dan selanjutnya
berupaya melancarkan aktiviti perdagangan rentas sempadan,” katanya. Utv
Kutipan Kastam cecah RM42.50 bilion pada 2021 – Ismail
Baca Artikel Menarik :
- Erra sedia terima bukan Melayu sebagai jodoh
- Zuhdi gesa segerakan PRU
- Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!
- Mokhtar Senik kembali dengan kecaman bertalu-talu kepada UMNO
- Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo – penganalisis
- Tak marahlah, Atu cuma bergurau jadi klon saya – Anuar Zain
- Afdlin bakal bertanding di Dun Johor?
- PRNJohor: PAS sedia bekerja dengan PH tapi bersyarat – Idris
- PRN Johor: Tewas 39 kerusi kepada Umno, apa logik PAS mahu tuntut lebih?
- PRNJohor: PAS tolak tawaran UMNO, mahu bersama PN
- Tanah mendap: 17 premis diarah henti sementara operasi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)
Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun