GST akan pacu pemulihan ekonomi – FMM

GST akan pacu pemulihan ekonomi – FMM

Mengembalikan semula pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dijangka memperkukuhkan pemulihan ekonomi selepas mengambil kira kelemahan domestik termasuk keadaan luaran yang dicetuskan Covid-19, kata Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM).

Presiden FMM Soh Thian Lai berkata, pihaknya bimbang jumlah hutang negara meningkat lebih tinggi kepada 66% daripada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang penghujung 2022, iaitu pertambahan 5% berbanding 2021.

Katanya, selain itu tiadanya kemasukan dana lebih stabil, sebaliknya perbelanjaan kerajaan semakin bertambah.

Katanya, ia disebabkan peruntukan tinggi dalam Bajet 2022 sebagai inisiatif untuk merangsang dan memulihkan ekonomi negara daripada kesan pandemik.

“Mengambil kira persekitaran dalaman dan luaran yang lemah kesan daripada pandemik, kami percaya keutamaan perlu diberikan kepada usaha memperkukuhkan ekonomi dan menggalakkan situasi perniagaan,” katanya dalam kenyataan.

Mengambil kira faktor itu beliau berkata, FMM mengalu-alukan pengumuman dibuat Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, baru-baru ini berhubung kemungkinan mengembalikan GST selepas mengkaji kelemahan dalam sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST), termasuk menambah baik sistem GST terdahulu yang dilaksanakan pada 2015.

Katanya, FMM menyokong pelaksanaan GST berdasarkan pandangan bahawa rejim cukai berkenaan lebih telus dan cekap berbanding SST.

“Lebih 160 negara sudah melaksanakan regim GST susulan struktur cukai itu lebih adil.

“Lebih penting, harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa kerana tiada GST dikenakan terhadap barang dan perkhidmatan dieksport, manakala input ditanggung GST boleh diperoleh semula melalui rantaian bekalan,” katanya.

Soh berkata, berdasarkan kaji selidik FMM, pada Mei 2020, sejumlah 499 syarikat memberi sokongan padu bagi pelaksanaan GST bagi menggantikan cukai ketika ini, iaitu SST 2.0.

“Perubahan dan peralihan pastinya memberi cabaran. Justeru, FMM menggesa kerajaan melakukan libat urus dengan pemegang taruh dalam proses kajian yang penting dalam menjayakan regim cukai lebih cekap,” katanya. FMT

GST akan pacu pemulihan ekonomi – FMM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker