PRNJohor: BN boleh guna acuan di Melaka – Mahdzir
PRNJohor: BN boleh guna acuan di Melaka – Mahdzir
Bagi berdepan pilihan raya negeri (PRN) Johor, Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid berkata BN boleh menggunakan pendekatan sama seperti di Melaka beberapa bulan lalu.
Mahdzir berkata, ia berdasarkan kejayaan besar BN dalam PRN Melaka.
“(PRN Melaka) template yang boleh digunakan. Berdasarkan (kejayaan) di Melaka itu nampaknya (boleh),” katanya ringkas.
Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan PRN Johor pada sidang media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.
Terdahulu BN Johor menyatakan cadangan bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN tersebut.
Pengerusi BN Johor Hasni Mohammad berkata namun keputusan itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.
Sebagai rekod BN berjaya mentadbir kerajaan negeri selepas memenangi dua per tiga majoriti majoriti pada PRN Melaka baru-baru ini. Mk
PRNJohor: BN boleh guna acuan di Melaka – Mahdzir
Baca Artikel Menarik :
- Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib
- ‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis
- 2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan
- Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia
- Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara
- Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior
- Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik
- Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
- Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
- Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari
Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz
You must be logged in to post a comment.