Peluang Zahid patahkan hujah pendakwaraya
SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini akan menampilkan segala bentuk pembelaan yang boleh meyakinkan mahkamah bahawa beliau tidak melakukan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana berjuta-juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, ia tertakluk pada fakta-fakta dan rentetan peristiwa yang perlu dihuraikan oleh pihak pembelaan.
“Sekarang tugas Ahmad Zahid adalah menampilkan apa-apa bentuk pembelaan yang boleh meyakinkan mahkamah beliau tidak melakukan pecah amanah.
“Saya difahamkan Ahmad Zahid memilih untuk memberi keterangan dari kotak saksi.
“Maksudnya, beliau akan memberi keterangan dan memanggil saksi yang diperlukan untuk mengemukakan pembelaan berkaitan ketiga-tiga set pertuduhan.
“Ketiga-tiga set ini mempunyai elemen yang berbeza, jadi tanggungjawab pihak pembelaan sekarang adalah untuk menampilkan jika ada apa-apa keraguan pada set berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada Isnin, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan perkara tersebut selepas memihak kepada pasukan pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie berhubung kes tersebut.
Mengulas lanjut, Mohamed Haniff menjelaskan, pihak pembelaan akan memanggil saksi di mana Ahmad Zahid dan saksi berkenaan akan memberi keterangan di dalam mahkamah.
“Jadi beliau perlu beri keterangan membabitkan soalan utama peguamnya, kemudian akan disoal balas oleh pendakwa raya dan disoal semula oleh peguam bela hingga habis setiap saksi bergantung kepada pasukan peguam beliau hendak memanggil berapa ramai saksi.
“Selepas selesai proses tersebut, barulah pihak pembelaan berhujah semula sama ada Ahmad Zahid melalui pembelaannya berjaya atau tidak menampilkan apa-apa kesangsian atau keraguan terhadap keseluruhan kes pendakwaan.
“Kalau dia tidak dapat menampilkan keraguan, maka mahkamah akan mendapati Ahmad Zahid bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan akan mensabitkan kesalahan.
“Kemudian, mahkamah akan menentukan hukuman setimpal yang boleh dikenakan selepas mendengar semula hujah kedua-dua pihak iaitu pihak peguam bela dan pendakwa raya pada hujung kes dan selepas itu mahkamah akan membuat keputusan,” ujar beliau.
Baca Artikel Menarik:
- Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib
- ‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis
- 2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan
- Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia
- Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara
- Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior
- Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik
- Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
- Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
- Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Layari Laman Facebook MYKMU,NET
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari
You must be logged in to post a comment.