Gaji asas pekerja pembersihan di Singapura cecah RM10,000 sebulan pada 2028

Gaji asas pekerja pembersihan di Singapura cecah RM10,000 sebulan pada 2028

Gaji bulanan asas yang baru saja diterima bekerja sebagai pekerja pembersihan am sedia dinaikkan kepada S$3,260 (RM10,160) menjelang tahun 2028, di bawah model gaji progresif bagi sektor itu.

Agensi berita Channel NewsAsia melaporkan, unjuran gaji tersebut adalah bagi warga Singapura atau pemastautin tetap di republik itu.
Perkara itu diumumkan selepas pemerintah menerima cadangan daripada Kluster Triparti bagi Pengurusan Sisa (TCWM) berkenaan model gaji baharu bagi sektor berkenaan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) pada Isnin (24 Januari).

Cadangan itu merangkumi keseluruhan sektor pembersihan sisa dan pemulihan material, termasuk mandatori bonus tahunan serta pembangunan kemahiran dan kerjaya.

Sekitar 3,000 warga Singapura dan pekerja pemastautin tetap dalam sektor itu bakal menerima manfaat daripada model gaji baharu itu.

Di bawah unjuran itu, gaji asas bagi kumpulan tersebut sedia dinaikkan dari S$2,210 (RM6,887) pada Julai 2023. Seterusnya, jumlah itu akan dinaikkan sebanyak S$210 (RM654) setiap tahun sehingga 2028 apabila ia mencecah S$3,260 (RM10,160).

Itu bermakna kenaikan gaji tersebut menunjukkan kenaikan sebanyak 48 peratus dalam tempoh enam tahun.

Dalam sektor kerja yang sama, gaji asas bagi pemandu kanan dalam bidang pembersihan sampah dijangka meningkat dari S$2,910 (RM9,069) pada 2023, kepada S$3,960 (RM12,341) menjelang 2028.

MOM dan NEA berkata, itu adalah untuk “memastikan pekerja pendapatan rendah dapat bertahan dalam pertumbuhan gaji berdasarkan gaji median pekerja”.

Berkuat kuasa Januari 2024, pekerja juga sepatutnya menerima sekurang-kurangnya satu bonus tahunan sebulan gaji sekiranya mereka sudah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun dengan majikan masing-masing. Bonus itu tidak terikat dengan prestasi kerja.

“Ini membolehkan pihak majikan menarik minat dan mengekalkan pekerja pembersihan masing-masing, dan menghargai usaha mereka dengan menawarkan latihan bagi meningkatkan produktiviti,” ujar MOM and NEA.

Nilai tukaran bagi Dolar Singapura dan Ringgit Malaysia adalah S$1 = RM3.12.

Gaji asas pekerja pembersihan di Singapura cecah RM10,000 sebulan pada 2028


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker