4,066 kes Covid-19, 13 kluster baharu

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 4,066 kes baharu Covid-19 berbanding 3,559 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan jumlah keseluruhan jangkitan kini meningkat kepada 2,840,225 kes, tetapi 2,762,608 daripadanya sudah pulih setakat ini.

Daripada jumlah pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), 65 orang memerlukan bantuan pernafasan, dengan 46 daripadanya disahkan positif Covid-19, manakala 19 lagi dalam siasatan.



Sebanyak 3,624 jangkitan tempatan direkodkan hari ini melibatkan 3,521 rakyat tempatan dan 103 warga asing, manakala 442 kes import merangkumi 323 rakyat tempatan dan 119 warga asing.

Hisham berkata, daripada jumlah jangkitan baharu itu hanya 1.2% termasuk dalam Kategori 3, 4 dan 5, ketika didiagnosis.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ini (Rt) adalah 1.09 dengan Negeri Sembilan menunjukkan angka tertinggi, iaitu 1.16, disusuli Kedah (1.09),Johor (1.09), Kuala Lumpur (1.07), Melaka (1.04), Putrajaya (1.04), Selangor (1.04), Pulau Pinang (1.03), Pahang (1.01), Kelantan(1.0) serta Perak (1.0).

Sabah dan Terengganu masing-masing merekodkan Rt 0.98 dan 0.82.



Selain itu katanya, sebanyak 13 kluster baharu dilaporkan hari ini.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari



Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker