28 samseng ditahan merusuh dengan parang di Butterworth

Tangkap layar kejadian sekumpulan lelaki bersenjatakan parang merusuh dengan merosakkan sebuah kenderaan di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda, Butterworth.

BUTTERWORTH: Polis menahan 28 lelaki warga tempatan dipercayai terbabit kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, di sini dengan insiden itu turut tular di media sosial, semalam.

Semua suspek berusia lingkungan 17 hingga 51 tahun ditahan dalam serbuan polis di beberapa lokasi sekitar daerah ini hari ini selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata polis siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan pertengkaran dan provokasi sesama mereka.

“Oleh itu, polis mengesan semua yang terbabit dan menahan 28 lelaki yang kemudian direman untuk tindakan lanjut.



“Polis turut merampas barang kes digunakan suspek dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asri berkata, usaha mengesan baki suspek lain giat dijalankan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Nasrina Darus di talian 04-5762222 atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.



Terdahulu tular video pendek berdurasi empat saat di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang merusuh dengan merosakkan sebuah kenderaan di hadapan sebuah premis dekat sini.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker