Terserah kepada UMNO Johor – Ismail

Terserah kepada UMNO Johor – Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Badan Perhubungan Umno Johor diberikan mandat untuk membuat keputusan sama ada pilihan raya negeri (PRN) perlu diadakan atau sebaliknya.

Ismail yang juga Naib Presiden Umno, bagaimanapun berkata sebarang keputusan mengenai PRN Johor perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Johor.



“Mengenai (PRN) Johor seperti yang kita putuskan dalam Majlis Tertinggi Umno, kita serahkan kepada Badan Perhubungan Umno Negeri untuk berbincang dari segi persediaan dan membuat keputusan.

“Jadi kita serahkan kepada Umno Johor untuk menentukan sama ada mengadakan PRN (atau sebaliknya),” katanya.

Ismail berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Perdana Menteri Bersama Ahli Biro Politik Umno Kelantan.

Khabar angin mengenai PRN Johor akan diadakan bertiup kencang berikutan kematian ADUN Kempas Osman Sapian baru-baru ini, menjadikan kerajaan pimpinan Umno hanya memiliki majoriti satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.



Pada masa ini, DUN Johor diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi yang merangkumi Umno (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam).
FMT

Terserah kepada UMNO Johor – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik



Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker