Tajuddin mengamuk di Parlimen, dakwa pembangkang buli menteri

Tajuddin mengamuk di Parlimen, dakwa pembangkang buli menteri

Ketegangan berlaku di Parlimen hari ini apabila Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman ‘mengamuk’ melihat Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad diasak bertalu-talu oleh pihak pembangkang.

Tajuddin mendakwa Ahli Parlimen pembangkang cuba membuli Abdul Latiff yang sedang menjawab persoalan diajukan kepadanya berkenaan pengurusan dan cadangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menangani banjir.

“Ini tidak adil Datuk Speaker, mereka (pembangkang) membuli menteri yang cuba untuk menjawab semuanya, dia cuba menjawab tapi anda semua cuba membuli dia.

“Balik-balik kerajaan. Orang jawab, orang kata tak jawab, kerajaan tak pandai – masa anda jadi kerajaan pandai ke? Jangan tunjuk pandai, masa jadi menteri apa anda buat?” tempik Tajuddin di dewan hari ini.

Adegan ‘tempik-menempik’ bermula apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang mencelah ucapan Latiff untuk meminta butiran lanjut mengenai “cadangan dua parti” untuk menguruskan bencana dengan lebih baik pada masa hadapan.

Abdul Latiff Ahmad yang juga mengetuai NADMA dalam jawapannya berkata, adalah penting mengambil pandangan semua dan mengadakan jawatankuasa pengurusan bencana yang meliputi aspek tadbir urus.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan memanggil satu jawatankuasa bagi menilai semua cadangan supaya pengurusan bencana sekarang dan masa akan datang akan diambil kira sebagai satu cadangan bipartisan.

Bagaimanapun, jawapannya itu tidak dapat memuaskan hati pihak pembakang antaranya, Gobind Singh Deo (PH-Puchong), Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam), Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) dan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat).

Mereka menuntut Abdul Latiff memberikan jawapan yang konkrit dan jelas berkenaan tindakan yang akan diambil bagi memastikan kepincangan yang berlaku dalam pengurusan banjir tidak berulang lagi

“Apa cadangan itu?” soal Gobind manakala Khalid didengar mendakwa: “Kerajaan tidak tahu apa nak buat..”. Pada masa sama Dzulkefly pula berkata: “jika anda tidak tahu menjawab, anda tidak tahu apa kerja anda.”

Tajuddin masih tidak berpuas hati dan sempat mempersoalkan kedudukan Khalid ketika menjawat jawatan Menteri Wilayah Perrsekutuan.

“Balik-balik kerajaan, orang jawab orang kata tak jawab, kerajaan tak pandai, masa anda jadi kerajaan pandai ke? jangan tunjuk pandai, masa jadi menteri wilayah apa anda buat,” katanya.

“Saya kenal anda semua, saya tahu standard anda, kualiti anda,” katanya, sebelum Timbalan Speaker Rashid Hasnon memadam mikrofon Ahli Parlimen sekali lagi dan meminta semua orang kecuali Latiff duduk.

Khalid kemudian membalas sinis, menyebut mengenai “bakal duta ke Indonesia” dipercayai merujuk kepada Tajuddin yang sebelum ini diuar-uarkan menjadi duta baharu ke negara itu.

Hilang sabar dengan kata-kata Khalid, Tajuddin lalu menjerit, “Diam, kamu diam! Shah Alam, diamlah!” sebelum Rashid mematikan semula semua mikrofon. FMT

Tajuddin mengamuk di Parlimen, dakwa pembangkang buli menteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker