Pembangkang kena terima keputusan SC sebagai badan profesional – PM

Pembangkang kena terima keputusan SC sebagai badan profesional – PM

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu menerima hasil siasatan dan keputusan yang dibuat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebagai badan profesional berhubung isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada keperluan mendesak badan itu untuk terus membuat siasatan salah laku yang akhirnya tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

“Jangan kita minta supaya dia disiasat, apabila dia disiasat, keputusan dibuat, kita masih tak puas hati.

“Jangan kita fikir kita ikut kehendak kita, kalau pembangkang rasa mesti ikut kehendak pembangkang, tak boleh.

“Dia kena terima keputusan daripada badan profesional seperti SC itu,” katanya kepada pemberita di Marriot Hotel, di sini, malam ini.

Semalam, SC tidak dapat membuktikan wujud pelanggaran pemilikan saham menerusi akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

SC juga tidak dapat memastikan secara muktamad bahawa pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berlaku.

SC berkata, sebagai pengawal selia pasaran modal, bidang kuasa kawal selia mereka ditetapkan mengikut Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan SICDA.

Dalam pada itu, bagi memuaskan hati pemimpin pembangkang, Perdana Menteri tidak menghalang daripada mereka menghantar surat kepada SC untuk meminta penjelasan lanjut.

“SC telah pun buat keputusan, kita serahkan kepada SC sekiranya kerana ia melibatkan pembelian saham.

“Jadi SC sudah buat keputusan, hari ini pun SC buat kenyataan mengatakan tidak ada kes terhadap dia, jadi kita terima keputusan SC.

“Kalau nak tanya lagi tentang keputusan SC, boleh tanya SC. Kita sebagai orang biasa di luar sana, keputusan SC telah menjadi panduan,” katanya lagi. MG

Pembangkang kena terima keputusan SC sebagai badan profesional – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker