PRN Johor: PM serah kepada MB untuk buat keputusan

PRN Johor: PM serah kepada MB untuk buat keputusan

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menyerahkan sepenuhnya keputusan mengadakan untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) Johor kepada kerajaan negeri itu sekiranya ada keperluan untuk ia dilaksanakan.

“Serah pada kerajaan Johor menentukan. Kalau Menteri Besar (Johor), Hasni Mohammad rasa perlu pilihan raya, kena hadap Sultan Johor.

“Keputusan sepenuhnya (di bawah) bidang kuasa kerajaan Johor,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jelajah Agrikomoditi.

Dalam pada itu, Ismail yang juga Naib Presiden Umno berkata, Umno juga menyerahkan kepada Menteri Besar yang juga Ketua Umno negeri itu untuk membuat keputusan.

Isnin lalu, Hasni dilaporkan sebagai berkata, meskipun belum ada perbincangan mengenai mengadakan PRN Johor di peringkat Umno Johor, pihaknya tidak pernah menolak keperluan untuk mengadakan PRN disebabkan faktor kestabilan kerajaan negeri yang kini mempunyai majoriti tipis.

Selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Osman Sapian 21 Dis lalu, kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional (BN) kini mempunyai 28 kerusi, manakala Pakatan Harapan 27 kerusi. FMT

PRN Johor: PM serah kepada MB untuk buat keputusan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker