NADMA 2.0 mungkin ditubuhkan

NADMA 2.0 mungkin ditubuhkan

Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin aspek kecekapan pengurusan yang diperluaskan ke peringkat negeri dan daerah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata gesaan berhubung perkara itu turut diputuskan menerusi mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Disember, tahun lalu.

Sehubungan itu, katanya, struktur sedia ada NADMA akan diteliti semula untuk memperkukuh peranannya sebagai peneraju pengurusan bencana negara dan ia sedang dalam tindakan bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Antara perkara yang diteliti adalah penubuhan NADMA di peringkat negeri dan daerah, justeru diharapkan menjelang akhir sidang khas ini, kita dapat beri satu penyelesaian, mungkin menubuhkan NADMA 2.0.

“Ini bagi memastikan kita betul-betul dapat menggarap kepentingan bahawa pengurusan bencana bukan saja di peringkat pusat, tetapi meliputi peringkat negeri dan daerah,” katanya pada sidang khas Parlimen, hari ini. BH

NADMA 2.0 mungkin ditubuhkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker