MySejahtera lebih 1,000 pelanggan klinik yang palsukan vaksinasi disekat

MySejahtera lebih 1,000 pelanggan klinik yang palsukan vaksinasi disekat

Aplikasi MySejahtera membabitkan lebih 1,000 orang yang pernah mendapatkan perkhidmatan doktor swasta yang terbabit dalam penjualan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu di Marang, sudah disekat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata sekatan itu dibuat bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan terhadap aplikasi MySejahtera mereka untuk mengesahkan ketulenan status vaksinasi masing-masing.

Beliau berkata, siasatan mendapati ada kira-kira 1,900 orang mendapatkan perkhidmatan dengan klinik berkenaan dengan 1,223 pemohonan sudah dihantar ke vendor untuk dikemas kini status sebagai penerima vaksin dalam aplikasi MySejahtera.

“Daripada jumlah itu, kita tidak pasti berapa ramai yang sudah siap atau dikemas kini MySejahtera mereka dan ia akan dimaklumkan pihak KKM kelak.

“Bagaimanapun, kesemua aplikasi MySejahtera yang berasal daripada klinik berkenaan sudah disekat KKM.

“Dalam hal ini, ia tidak berfungsi dan kita sedang menunggu KKM menjalankan semakan sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Rohaimi berkata, setakat ini, keterangan seramai 23 individu yang statusnya MySejahtera dikemas kini sebagai penerima vaksin tetapi tidak menerima suntikan sudah diambil.

Katanya, siasatan mendapati status sebagai penerima MySejahtera mereka adalah palsu.

“Siasatan juga mendapati ada di antara mereka ini memaklumkan diajar kononnya ada mengambil suntikan tetapi sebenarnya adalah suntikan air suling atau garam.

“Apa yang boleh saya katakan setakat ini, kebanyakan mereka yang berurusan dengan klinik berkenaan tidak mengambil suntikan vaksin yang sebenarnya.

“Kalau ada pun, saya percaya jumlahnya tidak lebih daripada 10 orang kerana maklumat awal kita memang tidak ada,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Polis Terengganu membongkarkan kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan (temu janji) vaksinasi.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa penahanan doktor swasta yang juga suspek utama berusia 51 tahun pada 8 Januari lalu. BH

MySejahtera lebih 1,000 pelanggan klinik yang palsukan vaksinasi disekat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker