Festival gusti unta di Turki dikecam

Festival gusti unta di Turki dikecam

Sebuah festival gusti unta di Turki diselar oleh aktivis-aktivis hak asasi haiwan yang menyifatkan acara itu sebagai satu jenayah besar, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Dalam acara tahunan yang berlangsung pada Ahad lepas, beribu-ribu orang berkumpul di bandar Selcuk, bagi menyaksikan unta ‘bergusti’ di dalam kandang yang besar.

Beberapa gambar menunjukkan kira-kira 152 ekor unta dihias dengan kain sulaman bercorak warna-warni sambil berlaga di sebuah arena berpasir.

Seorang wakil bandar Izmir daripada Persekutuan Hak Asasi Haiwan, Gulgun Hamamcioglu berkata, aktiviti mendorong haiwan untuk bergaduh sesama sendiri merupakan satu jenayah besar.

“Kita semua perlu menghentikan aktiviti memalukan ini kerana ia memalukan kemanusiaan,” tegasnya.

Sementara itu, bekas ketua pelancongan Turki, Mehmet Falakali sebaliknya berkata, unta-unta itu tidak akan mencederakan sesama sendiri.

Menurutnya, beberapa petugas ditempatkan di festival tersebut bagi bersiap sedia menghentikan perlawanan sekiranya ia menjadi lebih serius.

“Petugas akan memisahkan unta-unta tersebut sekiranya pertarungan menjadi serius. Tiada kejadian seperti mematahkan tapak kaki atau menggigit,” katanya.

Dalam pada itu, seorang peminat acara gusti tersebut mempertahankan penganjuran festival itu dengan berkata bahawa ia dilakukan dengan penuh kasih sayang.

“Ia bukan pertarungan, namun hanyalah acara gusti, sama seperti manusia bergusti,” kata Necip Cotura.

Menurut laporan akhbar tempatan Turki, Daily Sabah, acara bergusti itu memberi peluang kepada unta untuk meluahkan sifat semula jadi haiwan dan mengerahkan tenaga mengikut apa yang perlu ia lakukan, semuanya dilakukan di bawah pengawasan pemilik. K Online

Festival gusti unta di Turki dikecam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker